Saturday, January 2, 2010

SAMPAH DAN TEMPAT SAMPAH

Teruja pulak nak menulis dalam blog gambo ni.Ini bab sikap .Bab sikap memang tak ada kompromi.Sikap lah yang menyenangkan kita dan sikaplah yang menyusahkan kita.


N3 ni adalah sebagai sedikit tambahan kepada N3 SICAKAH tu.

INI BAB SAMPAH DAN SIKAP

Dah lama dah memikirkan bab sampah ni.Dah lah tak pandai buang sampah di tempat yang betul.Kalau ada tong, boleh miss pulak.Baling2. alamak tak masuk tong ,maka, terbiarlah sampah tu di luar tong,Yang malangnya perlakuan itu dilakukan sambil diperhatikan oleh anak2 sbb kadang2 sampah dibuang semasa membawa seisi keluarga dalam kereta atau seorang anak kiranya menunggang motosikal.Si anak ni bila besar nanti.....



Kalau ramai yang berkelakuan sedemikian,maka tak hairanlah ada tong yang tak penuh, tapi keliling tong banyak sampah.Mulalah haiwan2 kecil mencari2, mengais2 utk mencari makanan.Baupun...apa lagi...sendiri tau lah.Air sampah tu...perghhh.Lalat.ulat, cacing, tikus, lipas, anjing....aduuuhhh.


Kata SICAKAH kini tambah manusia pulak, mencari2 jugak.Betul, mencari rezeki, tapi kalau mereka tu pulak punca masalah sampah bersepah apa hal.Betul, saya pernah lihat sendiri plastik2 sampah dikeluarkan daripada tong besar tu, kemudian proses pencarian pun bermula.Saki baki yang tak diingini ditinggalkan saja bersepah.Saya membuat teguran.Jawapannya, takpa, lori angkut sampah datang 3 kali seminggu,mereka akan kumpul dan kutip semua sekali, bersihlah selepas tu.Logik.

Lori datang 3 kali seminggu, mereka mencari tiap2 hari.Apa mau cakap lagi kalau dah SIKAP macam tu.



Lain pula hal yang pandai-pandai buat tempat sampah sendiri.Ranting kayu, plastik, almari usang, kerusi buruk,kotak2...apa2 sajalah...ditinggalkan ditepi jalan tak kira walaupun tepi rumah orang,asalkan bukan tepi rumah sendiri.Suka melahirkan tempat sampah baru, akhirnya nak mesin rumput pun tak boleh dan apabila ditinggalkan beberapa kali tanpa dimesin, mulalah salahkan orang.SIKAP.Susah mau cakap.Pernah juga ditepi rumah saya orang melahirkan tempat sampah...ah...susah.Akhirnya ambil keputusan untuk mengangkut sampah yang 'mereka' tinggalkan tu ke tong sampah sebenar.Proses berlaku setiap kali mereka letakkan sampah selama beberapa hari sehingga lah 'mereka' faham setelah diterangkan.Nasib baik faham.



Tempat2 favourite untuk buang sampah: Mana2 tepi jalan, persimpangan jalan,sungai....uuhhh... sampai runtuh tebing sungai.....DAN tempat yang dilarang membuang sampah.



Ini isu SIKAP. Kecil besar, tua muda, miskin kaya, tak kira profession apa, tak kira bangsa......sama saja.



Contoh kelahiran tempat sampah.

Apabila dah jadi macam ni, dah tentu rumput tidak akan dimesin. Siapa rugi...ular ada,tikus ada, siput babi ada, lipas ada, anai2 ada .....perghhh...macam-macam ada!!!!!!

SIKAP terbentuk melalui apa yang diterima dari kecil.Kalau tiada usaha untuk membentuk SIKAP yang betul dari kecil, susah lah masyarakat amnya.Siapakah harus disalahkan kalau anak2 makan dan buang sisa makanan keluar tingkap kereta semasa bergerak, siapakah harus dipersalahkan kalau anak buang sisa2 makanan ke dalam longkang di belakang dapur.


Nobody is born perfect.Sama2lah kita ingat mengingatkan di antara kita demi kesejateraan bersama.

Perghhh.....tak pernah tulis panjang2 macam ni.Personal achievement .....he...he..

9 comments:

  1. salam...betul to, kalau kat taiping memang byk pemandangan spt di tong sampah, depa main hantam saja ikut suka hati.

    ReplyDelete
  2. Wsalam deeja.Itulah, harap pihak berkuasa betul2 ambil tindakan.Kalau tidak, tulis denda berapa ribu pun, orang tetap buang.

    ReplyDelete
  3. Susah nak capai kualiti "world class" kalau ini tidak dianggap penting .

    ReplyDelete
  4. Betul tu Citera Alam, tetapi macam mana caranya nak meramaikan orang yang menganggapkan ini penting kalau ibubapa terpakasa mencari2 dan mencuri2 ruang masa untuk berinteraksi bersama keluarga dan kalau di sekolah pulak sistem lebih kepada nak mengejar sijil2, banyak perkara yang dijalankan hanya sekadar ala kadar, janji buat, paper work mau ada dan laporan mau cantik.

    ReplyDelete
  5. Apa kata kalau diwujudkan polis khas utk memantau sampah ? Setiap pelakunya diberi surat saman . Gagal bayar saman , kenakan hukuman penjara singkat , cukup utk menyedarkan , Bolehlah kutip duit utk beli lori sampah yg lebih canggih .

    ReplyDelete
  6. Apa kata.....apa kata diwujudkan polis untuk yg melanggar lampu isyarat, yang parking sesuka hati, yang go over the speed limit, yg bermotosikal tanpa topi keledar, yang bermotosikal tanpa lampu, yang lori banyak asap, yg bawa muatan lebih......ooooooo....tiada titik penghabisan.Berapa ratusan ribu anggota polis kah yang harus kita employ hanya sebab SIKAP yang ada tu.Then, timbul pulak faktor pelaksanaan.Saya setuju kalau ianya dapat dilaksanakan.Malang sekali....ia tidak begitu.Kita mempunyai undang-undang yang lengkap dan baik , yang world class tapi perlaksanaannya? Akhirnya nobody cares sbb tahu tiada tindakan, so balik kepada sikap.
    Saya pernah ambil tindakan membersihkan kawasan buangan sampah sesuka hati ni termasuk mencantas sedikit pohon di tepi jalan kerana dah sampai tahap mengganggu laluan, akibatnya, satu longgokan sampah dengan sengaja diletakkan di ATAS jalan pada waktu malam sebagai tanda perotes.SIKAP.
    Pandangan yang baik dari saudara tapi tak tahu lah....thanks for the response.

    ReplyDelete
  7. Maaf, Citera Alam, ex SMSJ, batch 1978, yg man satu ya? Dalam batch ada beberapa yg masih ada dalam kepala ni tapi sebab guna nama Citera Alam....blurr lah saya.

    ReplyDelete
  8. Saya kenal abg Aziz , tapi saya confirm abg aziz tak kenal saya . tak payah taulah ya ! Cuma nak kabo , saya kat KK , dah 22 thn , ngajor kat SM sebelah bus stand KK ,

    ReplyDelete
  9. You'll never know....mungkin kenal kalau lihat gambar2 semasa di SMSJ dulu.The other day, I have to look at the old photos sebelum pergi AGM SAJOHA.Kalau tidak, memang mereka pun tak kenal abg Aziz.I spent a night at Hafizah's Homestay.Itu pun kena tengok gambar lama dia dulu. Kenduri rumah Fatimah itu hari pun tak sempat nak pergi.
    22 years sekolah sebelah bus station....Clifford.Lama tu....I was in my previous school for 28 years.Sekarang baru masuk sekolah ke dua.At least bagi lah nama betul.....

    ReplyDelete