Friday, December 11, 2009

SEKALI TANAH DITAMBAK, SEKALI PANTAI BERUBAH

MELAKA

Tujuan nak ke Shah Alam je, menghantar ibu saudara, tetapi setelah sampai SA, EGM keluarga sebulat suara untuk terus ke Melaka.Jadi tidur semalam di SA.

Mencari tempat penginapan tak susah kerana bab ini tidak dibincang semasa EGM, terpulang pada supir(diri sendirilah tu).

Mula2 singgah di Tanjung Bidara Beach Resort, turun mobil , buat tinjauan, sebulat suara kata NO.

Pergi ke Klebang Beach Resort, buat tinjauan ke 2, mmmm....jom kita cuba tengok tempat lain dulu.

Pergi ke Shah's Beach Resort pulak,tinjauan ke 3, sebulat suara kata....... OK, nampak cool, ada kolam renang, fizikal yang klasik, tak sibuk, so semua thumbs up.



Shots taken at the resort




















Sempat meninjau2 persisiran pantai Melaka dari Pantai Pengkalan Balak hingga ke Banda Hilir.
Makin luas kawasan Negeri Melaka.
Kawasan pantai Banda Hilir, Tengkera dan Klebang dah banyak berubah setelah ditambak.Kedai2, gerai2, rumah2 dan kondominium yang dahulunya di tepi pantai dah jauh ke dalam.

Sempat berjumpa rakan2 radio amatur kawasan Bukit Rambai dan seorang rakan sekolah yang tak pernah berjmpa selama 34 tahun(rakan semasa di SMSJ, Kluang,Johor).




1 comment: